Soalan Lazim & Terma Syarat

FAQ

Frequently Asked Questions

+
Happy Clients

GNEXPRESS menawarkan perkhidmatan penghantaran bagasi/barangan kepada jemaah Umrah & Haji Malaysia yang ingin membuat pengeposan dari hotel/tempat penginapan di Mekah & Madinah ke alamat penerima di Malaysia.

• Percuma pick-up di hotel atau tempat penginapan *
• Percuma khidmat bungkusan
• Percuma perlindungan insurans sehingga RM1,000
• Kaedah pembayaran yang fleksibal
• Ikatan nylon kedap disediakan
• Sistem jejak & Kesan penghantaran
*Tiada pick up minimum, tetapi sekiranya 1 kotak berat kurang dari 5 kg , caj pengeposan mengikut berat 5kg (yang mana lebih tinggi)

Semua urusan pengeposan bagasi/barangan di Hotel-hotel Mekah/Madinah terbuka
kepada semua Jemaah umrah dan haji yang diuruskan samada oleh Syarikat pengendali
persendirian, Syarikat Tabung Haji atau Jemaah DIY. Servis ini juga boleh digunakan oleh
orang persendirian, pelajar dan rakyat Malaysia yang bekerja di Mekah/Madinah.

GNEXPRESS juga menawarkan penjualan kotak pelbagai saiz bagi memudahkan urusan pengeposan dan pembungkusan.

Tidak. GNEXPRESS juga membuat penghantaran ke Singapura. GNEXPRESS kini sedang bekerjasama dengan rakan logistik Indonesia dan Brunei bagi membolehkan Jemaah dari negara ini membuat penghantaran bagasi/barangan balik ke negara mereka. Tarikh penggunaan servis penghantaran/pengeposan oleh Jemaah Indonesia dan Brunei akan dimaklumkan secara berperingkat .

Petugas GNEXPRESS beroperasi sepenuh masa secara temujanji di mana-mana hotel di Mekah/Madinah . Petugas boleh di hubungi di hp no berikut:-

Hj Shahrin    +60126638132

Hj Farin         +60192136689

Haji Fahd      +60189714549

Hj Fazli           +601118828212

GNEXPRESS akan memastikan bagasi/barangan diserahkan mengikut standard yang ditetapkan ke alamat penerima dalam tempoh 7 ke 14 hari bekerja dari tarikh pengeposan. * (kecuali jika berlaku sesuatu isu operasi yang diluar kawalan kami)

Pada musim Haji jangkaan kelewatan satu minggu selepas hari Tasyrik.

 

*Diantaranya, ‘Act of God’, Peperangan, Kesan berantai dari ‘Act of God’ atau Peperangan. Tempoh serahan tertakluk kepada jadual penerbangan, kapasiti penerbangan dan sebarang urusan berkaitan pihak berkuasa Malaysia dan Arab Saudi serta poskod kawasan penerimaan.

GNEXPRESS akan beroperasi tujuh hari seminggu iaitu pada hari Sabtu hingga Jumaat dari pukul 7.30 pagi hingga 11.30 malam, namun ianya tertakluk kepada keperluan & permintaan semasa Jemaah Malaysia. Operasi dihenti sementara selama 45 minit pada setiap solat fardhu.

GNEXPRESS bekerjasama dengan GD Express (GDEX), salah sebuah syarikat kurier terbesar di Malaysia. GDEX akan mengendalikan penghantaran barangan yang diterima dari Mekah/Madinah terus kepada penerima di Malaysia.

  • Pastikan barang di bungkus dengan kemas dan tiada ruang kosong dalam kotak supaya barang tak bergerak. Balutkan barang fragile dengan bubble wrap 2-3 lapis .
  • Elakkan menghantar barang cecair/ minyak, barang basah dan barang
  • Tutup kotak dan seal di sekeliling bucu kotak dengan kemas .
  • Tulis alamat penerima dan pengirim dengan lengkap & jelas berserta nombor telefon yang boleh dihubungi pada kotak pengeposan
  • Tulis nama waris sebagai wakil penerima dan bukannya nama pengirim pada bahagian penerima.

Terdapat 3 kaedah pembayaran iaitu:

  • Bayaran tunai – dibayar dalam bentuk matawang Saudi Riyal semasa
  • Bayaran Waktu Serah (COD)– dibayar oleh penerima di Malaysia melalui kurier atau kaunter GDEX sebelum serahan dilakukan ke alamat penerima. Pembayaran dalam matawang Ringgit Malaysia sahaja dengan kadar pertukaran SR1=RM1.15 (Tertakluk kepada Kadar Pertukaran Semasa Bank Negara).
  • QR PAY Jemaah boleh jugak membuat bayaran dengan mengunakan Debit Card dari Bank-bank Tempatan. Pembayaran dalam matawang Ringgit Malaysia sahaja dengan kadar pertukaran SR1=RM1.15

Boleh. Perkhidmatan QR Pay disediakan untuk perkhidmatan pembayaran melalui kad debit bank tempatan Malaysia.

Jemaah Malaysia tidak perlu risau untuk mengeluarkan wang simpanan atau memperuntukan wang khusus untuk menghantar bagasi/barangan Umrah/Haji kerana penerima di Malaysia boleh membayar caj penghantaran semasa serahan bagasi dilakukan oleh GDEX.

  • Air zam zam
  • Buah-buahan basah
  • Cecair seperti minyak zaitun dan habbatussauda
  • Minyak wangi beralkohol
  • Barangan Larangan yang ditetapkan oleh Kerajaaan Arab Saudi dan Syarikat Penerbangan.
  • Pengeposan sebarang item yang dikategorikan sebagai item merbahaya (dangerous goods) oleh GDEX atau pihak berkuasa adalah dilarang sama Item merbahaya seperti berikut tetapi tidak terhad, iaitu: bahan cecair, bahan mudah terbakar, senjata dan alatan tajam.
  • Pengeposan sebarang item yang dikategorikan sebagai item larangan oleh GDEX dan pihak berkuasa atau item dilarang import oleh kerajaan Malaysia atau dilarang eksport oleh kerajaan Arab Saudi, adalah dilarang sama sekali. Item larangan seperti berikut tetapi tidak terhad, iaitu: wang tunai, kad kredit, barang kemas, batuan dan logam berharga atau bahan cetak rompak.
  • Pengeposan salinan asal dokumen-dokumen penting seperti berikut tetapi tidak terhad, iaitu: MyKad, passport atau lain-lain dokumen penting adalah di atas risiko pengirim.

Ya. Penghantaran melalui GNEXPRESS dilindungi insurans secara percuma sehingga RM1,000. contoh sekiranya kotak yang dihantar bernilai RM500 hilang, GNEXPRESS akan membayar nilai RM500 sahaja. (yang mana lebih rendah) dan jika nilai barangan RM1,500, GNEXPRESS akan bayar RM1,000 sahaja.

Pada setiap item pengeposan tercatat nombor rujukan kod bar bermula dengan MY12345678901. Semakan status serahan boleh dilakukan dengan melayari https://gdexpress.com/tracking/ dibawah sub tajuk Track A Shipment. Masukkan nombor rujukan tersebut untuk mengetahui maklumat status terkini.

Penerima/pengirim perlu menelefon dan memaklumkan kepada Pusat Khidmat Pelanggan bagi tujuan serahan kali kedua atau ubah hala alamat penerima. Tindakan susulan akan dilakukan pada hari bekerja berikutnya dan tertakluk kepada budi bicara Pengurus Cawangan terlibat. Tiada caj tambahan dikenakan untuk perkhidmatan tambahan ini.

Pembayaran pampasan oleh GNEXPRESS adalah tertakluk kepada RM1,000 per konsainan.

Boleh. Jemaah hanya perlu membeli insurans tambahan di mana sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan kepada kandungan bagasi/barangan, pihak GNEXPRESS akan membayar ganti rugi berdasarkan kadar insuran yang dibeli dengan nilai pampasan maksima RM3,000 per konsainan.

Ya. GNEXPRESS ada menawarkan khidmat nilai tambah iaitu Insuran Bagasi Umrah/Haji pada kadar 3% daripada nilai barang yang diisytiharkan .

Perlindungan insuran ini hanya terhad kepada Jemaah yang ingin membuat pengeposan ke Malaysia sahaja. Pembayaran tunai caj pengeposan dan premium insuran akan dikenakan kepada pengirim ketika pengeposan dilakukan.

GNEXPRESS menghadkan kadar perlindungan sehingga SR3,000 dengan kadar premium sebanyak SAR90 sahaja.

Bagasi/barangan yang telah diinsurankan akan melalui proses serahan yang sama dengan bagasi/barangan tidak diinsurankan iaitu serahan terus ke alamat penerima. Namun, GNEXPRESS tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau tiada penerimaan yang berlaku selepas serahan kepada alamat penerima yang ditulis oleh pengirim.

GNEXPRESS akan memulangkan caj pengeposan sepenuhnya sekiranya bagasi/barangan tersebut hilang sepenuhnya. Tiada pemulangan caj pengeposan sekiranya item tersebut sekadar mengalami kerosakan atau hilang sebahagian.

Untuk item normal dan berinsuran, barangan/bagasi Umrah/Haji yang mengalami kerosakan / kehilangan sebahagian / kehilangan sepenuhnya hanya boleh dituntut oleh pengirim atau wakil yang dipersetujui secara bertulis oleh pengirim sahaja.

Tuntutan ganti rugi adalah mengikut syarat berikut;

  • Sekiranya didapati item yang diterima mengalami kerosakan / kehilangan sebahagian, jemaah perlu mengemukakan aduan dan tuntutan bertulis dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengeposan. Tempoh siasatan terhadap aduan akan mengambil masa selama 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima. Sebarang pengesahan mengenai status kerosakan / kehilangan sebahagian akan disahkan melalui surat/email rasmi kepada jemaah.
  • Untuk item yang masih belum diterima (suspect total lost) dalam tarikh jangkaan penerimaan, jemaah perlu mengemukakan aduan bertulis dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengeposan. Siasatan dan pengesahan status kehilangan sepenuhnya item akan dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh aduan. Sebarang pengesahan mengenai status kehilangan sepenuhnya akan disahkan melalui surat rasmi/ panggilan kepada Jemaah perlu mengemukakan tuntutan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh surat/ panggilan pengesahan kehilangan barang tersebut dimaklumkan kepada jemaah.
  • Semua tuntutan (kerosakan / kehilangan sebahagian / kehilangan sepenuhnya) perlu dikemukakan secara bertulis dengan mengisi borang yang akan disediakan oleh Khidmat Pelanggan GNEXPRESS, disertakan salinan resit dan salinan pengesahan diri oleh pengirim atau wakil yang dipersetujui secara bertulis oleh pengirim sahaja. Pihak Khidmat Pelanggan GNEXPRESS akan membantu untuk membuat tuntutan.

 

Proses pembayaran pampasan akan mengambil tempoh 4 – 6 minggu bekerja selepas dokumen lengkap diterima oleh GDEX. Manakala proses bayaran pampasan untuk bagasi/barangan/bungkusan yang diinsurankan mengambil tempoh 10 – 12 minggu bekerja selepas dokumen lengkap diterima oleh GDEX.

GNEXPRESS akan menguruskan dokumentasi dan deklarasi perkastaman secara percuma. Sekiranya item tersebut dikenakan cukai, pihak Kastam melalui GNEXPRESS akan memaklumkan kepada penerima mengenai kadar cukai yang dikenakan. GNEXPRESS akan menguruskan pembayaran bagasi/barangan yang dikenakan cukai oleh pihak Kastam dan bayaran tersebut kemudian akan dituntut dari pihak penerima semasa bayaran serahan bagasi/barangan dibuat.

  • Pengeposan sebarang item yang dikategorikan sebagai item merbahaya (dangerous goods) oleh GDEX atau pihak berkuasa adalah dilarang sama Item merbahaya seperti berikut tetapi tidak terhad, iaitu: bahan cecair, bahan mudah terbakar, senjata dan alatan tajam.
  • Pengeposan sebarang item yang dikategorikan sebagai item larangan oleh GDEX dan pihak berkuasa atau item dilarang import oleh kerajaan Malaysia atau dilarang eksport oleh kerajaan Arab Saudi, adalah dilarang sama Item larangan seperti berikut tetapi tidak terhad, iaitu: wang tunai, kad kredit, barang kemas, batuan dan logam berharga atau bahan cetak rompak.
  • Pengeposan salinan asal dokumen-dokumen penting seperti berikut tetapi tidak terhad, iaitu: MyKad, passport atau lain-lain dokumen penting adalah di atas risiko pengirim.

GNEXPRESS tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang dialami oleh pengirim sekiranya pihak berkuasa merampas atau menahan bagasi/barangan yang mengandungi barang-barang larangan seperti yang telah dinyatakan.

Penerima/pengirim perlu menelefon dan memaklumkan kepada Pusat Khidmat Pelanggan bagi tujuan serahan kali kedua atau ubah hala alamat penerima. Tindakan susulan akan dilakukan pada hari bekerja berikutnya dan tertakluk kepada budi bicara Pengurus Cawangan terlibat. Tiada caj tambahan dikenakan untuk perkhidmatan tambahan ini.

Petugas GNEXPRESS akan memakai pakaian t-shirt/ jaket yang mempunyai logo GNEXPRESS dan GDEX.

Pelanggan di Malaysia boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian

+6016 626 2770 atau +603 9067896 atau emel pickup@gnexpress.com.my

Information

Dangerous Goods & Prohibited Items

Not all items can be couriered. Please ensure your item is safe to send. Items in the following categories can cause damage, loss, and harm. Please ensure that your item is safe to be delivered. Find out more.

Explosives

Substances that can explode under defined conditions of dryness, flame, or heat

Flammable Solids

Substances susceptible to spontaneous combustion or will emit flammable gases when in contact with water

Radioactives

Substances that emit radioactive waves

Flammable / Toxic Gases

Combustable gases in the presence of air or without any energy application

Oxidising

Substances that may cause explosion, fire, or damage to living tissue, resulting in chemical burns. Reacts with other substances to produce a highly exothermic reaction

Corrosives

May cause burns or destruction of living tissue upon contact with skin

Flammable Liquids

Liquids with flash points of no more than 60ºC

Toxic / Very Toxic

May cause severe health risks or even death if ingested, including inhaling or delivery of substance into skin

Miscellaneous

Substances which present a danger or hazard during transport that is not covered by the 8 categories of dangerous goods

What are prohibited items?

  • Zam-Zam Water in a small bottle or any container is not allowed to be packed in a box.
  • Weaponry, explosive devices, firearms, ammunition or their parts (Including imitation, fakes, or replicas)
  • Gold, jewellery, antiques, fine art, or high value watches
  • Loose lithium-ion batteries
  • Counterfeit or pirated goods (e.g. CD, DVD, Blu-ray discs)
  • Animals (Any form; dead or alive)
  • Currency notes, coins, bullions, credit cards or traveller’s cheques
  • Live plants
  • Human remains or cremated ashes
  • Official documents such as IDs, passports, or birth certificates
  • Goods which may endanger health, environment, and safety
  • Illegal drugs or narcotics
  • Obscene and/or pornographic materials

Dangerous Goods References

‘- Malaysian Civil Aviation Act 1969 No. 66 & 67

‘- Act 3 of Malaysian Civil Aviation Act 1969

‘- Regulation 188 (Penalty)
1st Offence:
Individual fine of RM50,000 and/or not more than 3 years imprisonment
Corporate fine: RM100,000
2nd Offence:
Individual fine of RM100,000 and/or not more than 3 years imprisonment
Corporate fine: RM150,000

‘- Malaysian Civil Aviation Act 1969 (Regulation No. 67) Carriage of Dangerous Goods

BARANG LARANGAN TIDAK DIBENARKAN POS MELALUI PERKHIDMATAN BAGASI HAJI/UMRAH (TERMASUK AIR ZAM-ZAM BOTOL KECIL)
Berita GNEXPRESS

Artikel Terkini

Info

© Copyright 2025 Gnexpress