بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah (ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ) dengan izinNya, Glocal Nexus Express Sdn. Bhd. (GNEXPRESS) telah ditubuhkan pada 22 September 2022 bermatlamat untuk BEKERJA SAMBIL BERAMAL dengan berbekalkan pengalaman selama lebih dari 20 tahun ke arah penyelesaian logistik secara total dan penerapan nilai-nilai kemanusian, ‘emphaty’ & insani dalam setiap proses pengendalian operasi maka terhasil satu bentuk Perkhidmatan Bagasi Haji & Umrah GNEXPRESS premium yang lebih berorientasikan perkhidmatan cemerlang kearah mewujudkan minda yang tenang kepada Duyufurrahman.
Berteraskan strategik GLOCAL (Global+Local) dengan kepakaran lokal membuat kajian dan inovasi kearah memantapkan produk serta mengembangkan perkhidmatan ke peringkat dunia (Global). Memasukkan wawasan lokal ke dalam operasi global adalah strategi ‘win-win’ bagi perkhidmatan GNEXPRESS berkembang di seluruh dunia (Global).
Kejayaan Pengurusan Rantaian Bekalan (Supply Chain) global sangat bergantung pada integrasi glokalisasi sebagai strategi penting dan didokong oleh ‘The State-of-The-Art System’ (Digitalisation) yang inovatif. Dengan glokalisasi, kita dapat memastikan perkhidmatan GNEXPRESS tetap ‘resilient’, ‘efficient’ dan ‘adaptable’ dalam menghadapi rintangan untuk kita kekal berada di barisan hadapan.
Semoga pasukan GNEXPRESS tetap utuh, bersatu, berinovasi, sentiasa merendah diri dan bersyukur untuk terus menapak maju kehadapan.
Sekian terima kasih
DATO’ SRI HAJI KAMARUDIN MAT ALI
SSAP, DIMP, DMPN, DMSM, PPT, AMP, AMN
Pengerusi




Info
No. 48-C, 2nd. Floor, Jalan Suarasa 8/4 , Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras SELANGOR.
pickup@gnexpress.com.my
© Copyright 2025 Gnexpress